Selamat Bertandang Ke Teratak MUza

  


Indah bukan pada zahir, Tapi terletak pada tutur, Terhampar pada pekerti,
Terserlah pada santun, Tersentuh pada hati,
Yang indah itu sukar dicari, Tanpa menilai dengan Mata hati.









Sunday, December 24, 2006
Cara mengatasi tekanan jiwa


Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak
terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan
yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan
terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan
masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi
mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.


Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan
tekanan kerja.

Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri
mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca
Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca
Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika
berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling
akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan
amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat.
Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara
pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga
malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan
dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini
bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan
dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam
Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu
azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya
yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki
tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.
Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa
hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan
dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah
yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh
itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah
menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti
percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk
otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila
kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan
seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita
meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan
kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.


7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan
salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk
mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.
Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat
diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa
ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan
tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain"
ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka
seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai
contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan
tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila
kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah
untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu
bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan
mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah,
kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih
ceria.

10) Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain".
Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita
perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri
kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu
dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu
memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar
untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta
jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat
diselesaikan dengan jayanya.

Posted at 10:27 am by muza
Make a comment  

Sunday, May 29, 2005
Pesanan dari hawa untuk hawa

SEKADAR INGATAN DAN RENUNGAN BERSAMA.....


Hawa...

Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup2, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilai dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan nafsu mereka.

Tapi kini bila rahmat Islam menyelubungi alam, bila sinar Islam berkembang, darjat kita diangkat, maruah kita terpelihara, kita dihargai dan dipandang mulia, dan mendapat tempat disisi ALLAH sehingga tiada sebaik-baik hiasan di dunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa...

Kenapa engkau tidak menghargai nikmat iman dan Islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati dalam ajaranNya? Kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih ragu dalam mematuhi perintahNya?

Wahai Hawa...

Tangan yg menggoncang buaian boleh menggoncang dunia. Sedarlah hawa... kau dapat menggoncangkan dunia dengan melahirkan manusia yg hebat iaitu yg soleh dan solehah. Kau bisa menggegar dunia dengan menjadi isteri yg taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yg sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia.

Tapi Hawa...

Jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lenggok tubuhmu, jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.

Jangan Hawa...

Jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yg bukan suami. Jangan sesekali menggoda lelaki yg bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. Dan memberi kegembiraan kepada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yg dieksploitasikan oleh syaitan untuk menyesatkan adam.

Hawa...

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yg soleh bagi ibu bapamu... Andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yg meringankan beban suamimu... Andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sampai ia tak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH.

Hawa...

Andai engkau belum menikah, jangan engkau risau akan jodohmu. Ingatlah hawa janji Tuhan kita, wanita yg baik adalah untuk lelaki yg baik. Jangan engkau menggadaikan maruahmu hanya semata2 kerana seorang lelaki. Jangan engkau memakai pakaian yg menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat lelaki, kerana engkau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya.

Hawa...

Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yg bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan... takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa...

Lelaki yg baik tidak melihat paras rupa... Lelaki yg soleh tidak memilih wanita kerana keseksiannya..Lelaki yg warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggocangkan keimanan mereka.

Tetapi Hawa...

Lelaki yg baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yg soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yg bukan muhrimnya, kerana ia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yg warak juga tak mahu bermain dengan cinta sebabnya dia tahu apa tujuan dalam sesebuah hubungan antara lelaki dan wanita iaitu PERNIKAHAN...

Oleh itu Hawa...

Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwa mu. Biarlah hanya cinta ibu bapamu yg memberi kehangatan kebahagiaan buat dirimu. Cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yg akan membahagiakanmu.

Hawa...

Cintailah ALLAH di kala susah dan senang, kerana engkau akan memperolehi cinta dari insan yg juga mencintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana engkau akan memperolehi keredhaan ILAHI. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa...

Ingatanku yg terakhir... biarlah tangan yg menggoncang buaian ini dapat menggoncangkan dunia dalam mencari keredhaan ILAHI.

Suatu saat ada yg harus pergi...

Suatu saat ada yg akan datang...

Mungkin yg pergi takkan kembali...

Dan mungkin yg datang hanya sebentar...


Posted at 08:50 am by muza
Make a comment  

Wednesday, May 18, 2005
Muhasab Diri

Muhasabah Diri....

Kita adalah kejadian yg sempurna tetapi apa yg kita lakukan selalunya tidak sempurna.

Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Dan pandangan hatilah yg hakiki,
kalau hati itu bersih..

Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta,
Mati satu tarikh tidak dapat ditunda...

 

Bila mata bertemu mata akan mula rasa kasih.
Bila hati bertemu hati akan mula rasa sayang.
Tapi....bila dahi bertemu sejadah akan terasa kebesaran Allah S.W.T

Menuntut ilmu adalah taqwa,
Menyampaikan ilmu adalah ibadah,
Mengulang2 ilmu adalah zikir,
Mencari ilmu adalah jihad,
(Al-Ghazali)

"Setiap kesulitan itu akan bertambah apabila dihitung-hitung tetapi akan hilang apabila kita tidak menghiraukannya lagi..."
-Imam Malik-

Kalau kita berada di alam tabii yg indah, kita tdk terasa keindahannya, bukan ertinya alam ini tdk indah, tp jiwa kitalah yg tdk indah..

Sesungguhnya mati jasad kerana roh,
Mati roh kerana tiada ilmu,
Mati ilmu kerana tiada amal
Dan mati amal kerana tiada istiqomah.

Kesedihan itu lumrah. Mengingatinya kembali mungkin tidak akan mampu menyembunyikan luka hidup tetap menilainya semula dengan mata hati berbeza mungkin mampu membuat diri meneruskan hidup dengan tabah.

Ilmu adalah teras kepada ajaran ISLAM, tanpa ilmu manusia akan terseleweng mengikut kehendak akal dan hawa nafsu sehingga akhirnya agama dijadikan mainan

Agama menjadi sendi.
Pengaruh menjadi penjaganya.
Kalau tidak bersendi runtuhlah hidup
Dan kalau tidak berpenjaganya,binasalah hayat.
Krn org yang terhormat itu,..
Kehormatannya itulah yang melarangnya berbuat jahat.

Inginkan mutiara selamilah lautan,
Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,
Inginkan kejayaan relailah pengorbanan..
Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung seribu kemanisan........

"People will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel..."

Live needs sacrifice,
Sacrifice needs fight,
Fight needs courage,
Courage needs confidence,
Confidence determine success,
Success lead us to happiness...

Hidup memerlukan pengorbanan,
Pengorbanan memerlukan perjuangan,
Perjuangan memerlukan kekuatan,
Kekuatan memerlukan keyakinan,
Keyakinan menentukan kejayaan,
Kejayaan membawa kebahagiaan...

Hidup tanpa cita-cita adalah mati
Cita-cita tanpa usaha adalah mimpi

Ilmu penyuluh hati yg bersih,
Pengorbanan memerlukan usaha yg gigih,
Natijahnya kejayaan bakal diraih,
Kutuman senyuman akan tersurih,
Berkat doa kepada yang Maha Pengasih...

Diam merupakan sebuah keputusan hukum
Sebaik baik perkataan adalah yang sedikit
Namun dapat menjadi petunjuk
Keselamatan seseorang terletak pada penjagaan lisannya
Siapa yang manis lisannya pasti akan ramai kawannya

Yang lahir dari hati adalah keikhlasan
Yang datang dari akal adalah kewarasan
Bersatulah hati dan akal
Melawan nafsu yang bakal memusnahkan

Harta yang paling indah adalah sabar
Teman yang paling akrab adalah amal
Pengawal yang paling waspada adalah diam
Bahasa yang paling manis adalah senyum
Dan ibadah yang paling indah adalah kyusuk

Malu daripada lelaki adalah baik
Tetapi daripada perempuan lebih baik
Adil bagi setiap orang adalah baik
Tetapi daripada pemerintah lebih baik
Taubat daripada orang tua adalah baik
Tetapi daripada pemuda lebih baik
Dermawan daripada orang kaya adalah baik
Tetapi daripada orang miskin lagi baik

"Tunjangkan resah mu di dada solat,
Himpunkan peritmu digenggaman doa,
Tutupi kekecewaan dgn taqwa,
Dan nilailah kesucian dirimu melalui keikhlasan hati".

Hidupkan Rasa Bertuhan...
Suburkan Rasa Kehambaan...

Bersyukur dgn apa yg ada, jujur dgn apa yg dirasa


Posted at 09:27 am by muza
Make a comment  

Monday, May 16, 2005
kenapa diuji


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
kami telah menguji org2 yg sebelum mereka,
maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar
dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

 

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,
 padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
 padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu
(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),
dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan),
dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan)
serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang;
dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri,
 harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya.
Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12


 


Posted at 08:23 am by muza
Make a comment  

Saturday, April 30, 2005
rose merah



Posted at 09:54 am by muza
Make a comment  

Monday, April 25, 2005
utk semua ...............


Posted at 07:18 am by muza
Make a comment  

Memilih Pasangan

Memilih pasangan

Islam sangat melarang lelaki berfoya-foya dengan
wanita. Pergaulan antara lelaki dan wanita ada batasnya. Jika seseorang lelaki itu ada keinginan terhadap seorang wanita, maka dia hendaklah masuk meminang dan berkahwin. Langkah itu bukan sahaja membawa kepada pahala kerana mengikut sunnah Nabi saw, tetapi juga mengelakkan dirinya daripada keburukan dan maksiat.

 

Hentikanlah amalan membawa wanita yang bukan muhrim ke sana sini dengan niat suka-suka kerana ia bukan sahaja berdosa tetapi juga menjatuhkan kemuliaan pada diri dan keluarga masing-masing. Apatah lagi apabila hubungan berkenaan dengan sekadarsuka-suka, tidak membawa kepada pernikahan.

Pengharaman ini wajar kerana kesan dari melanggar larangan tersebut akan terbawa-bawa kepada zuriat nanti. Allah sangat mengharapkan lahir dari zuriat itu, mereka yang baik dan cergas.
Hadis Rasulullah saw ada menerangkan bahawa baginda benci kepada orang yang suka membujang sampai ke tua. Berkahwin adalah sunnah Rasulullah saw, dan baginda akan berbangga dengan umatnya yang ramai di akhirat kelak.

Namun demikian untuk mendirikan rumahtangga berbagai-bagai persediaan yang perlu disiapkan sebagai bekalan dan jambatan untuk meniti alam berumahtangga.

Ada beberapa persoalan yang perlu kita tanya pada diri sebelum memilih seseorang sebagai pasangan hidup. Islam menegaskan pilihan hendaklah berasaskan kepada yang kuat berpegang kepada agama dan berakhlak mulia serta mempastikan samada sudah dipinang atau belum dan berbagai-bagai lagi.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
"Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik."

Baginda bersabda lagi yang maksudnya:
"Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana hartanya dan elok rupanya nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan eloknya, dan barangsiapa
yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah swt akan dia akan hartanya dan eloknya."

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa Rasulullah saw menegaskan kepada kaum lelaki supaya memilih calon isteri orang yang beragama serta berakhlak mulia, kerana bila isteri itu kuat beribadah akan membuahkan akhlak yang mulia maka rezeki dan hartanya dimurahkan Allah swt.

Tanda-tanda seseorang wanita itu baik maruah dan
akhlaknya antaranya ialah:
1. Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadah. Sabar dalam menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah dan dalam mengerjakan perintah-perintahnya, sentiasa
bersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah swt.

2. Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak, mengurus rumahtangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.

3. Berakhlak dengan ibubapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah swt.

4. Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu.

5. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami, melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah suami.

Disunatkan pula memilih gadis yang terdiri dari keturunan yang kuat agama, anak cucu orang alim dan soleh. Seseorang wanita yang kuat agama memiliki sifat-sifat kemanusiaan, berbudi pekerti tinggi.

Di sinilah letaknya realiti seorang wanita. Seorang wanita yang mempunyai sifat-sifat kewanitaan yang tulin maka itulah keistimewaan dan kecantikan yang hakiki. Rasulullah saw sendiri ada menerangkan bahawa seorang lelaki yang beristeri wanita solehah bererti dia telah mendapat satu nikmat Allah yang besar.

Keterangan ini terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Abbas r. a:
"Empat jenis, sesiapa yang diberi keempat-empatnya bermakna dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu syukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa raga
yang sabar dengan ujian dan isteri yang tidak melakukan dosa serta tidak menzalimi suaminya."

Hikmah memperolehi wanita yang terdidik di dalam
golongan keluarga yang soleh ini telah jelas dinyatakan sebahagian daripada sifat- sifatnya oleh Rasulullah saw:
"Tidak perlu bagi seorang Mukmin setelah ianya
bertaqwa kepada Allah, sebaik-baik keperluan baginya ialah seorang isteri yang solehah, jika suami melihat kepada isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya dan jika suaminya tiada di rumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya."

Demikianlah di antara kelebihan yang diperolehi oleh seorang suami jika ia memiliki isteri yang solehah.

Islam menggalakkan mengahwini wanita-wanita asing daripada keluarga terdekat untuk meluaskan hubungan kekeluargaan dan mengukuhkan persaudaraan Islam.

Risiko dari perkahwinan sanak saudara akan melahirkan anak-anak yang tidak sihat dan lembab otak. Tujuan digalak berkahwin dengan orang yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan supaya dapat melahirkan anak-anak yang sihat, bertenaga, cantik dan pintar.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
"Janganlah kamu nikahi wanita-wanita kerabat terdekat, maka sesungguhnya anak yang bakal lahir nanti berakhlak lemah fikiran dan akal."
Rasulullah saw menyatakan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri berbanding dengan janda. Rasulullah saw bersabda:
"Kahwinlah para gadis kerana sesungguhnya, mereka itu menarik tutur bahasanya, bersih rahimnya (mampu berzuriat), kurang dalihnya dan mudah meredhai kerjanya."

Rasulullah saw menekankan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri kerana setiap perkahwinan berkehendakkan sesuatu hasil penguniaan anak yang soleh dan solehah.

Untuk melaksanakan tugas yang mulia ini maka perlulah seorang lelaki itu mengkaji secara terperinci terlebih dahulu bakal isterinya agar dapat melahirkan anak dan tidak ada sebarang keuzuran yang boleh menghalangnya dari mengandung dan bersalin.

Bagi mengetahui sifat-sifat kesanggupan gadis itu,
pada umumnya boleh dijadikan ibunya sebagai perbandingan. Seandainya ibunya mempunyai ramai anak, pada kebiasaannya gadis itu pun akan mewarisi ibunya, tetapi tidak semua tanggapan ini benar, kadang-kadang mengikut baka dirinya pula.

Apabila ramai zuriat, semakin kukuhlah ummah dan teruslah tertegaknya daulah Islamiah. Membiak zuriat bertambah seri, erat dan bahagianya sebuah rumahtangga di mana wujud ketenangan jiwa hasil kasih sayang antara kedua suami isteri. Rasulullah saw, begitu kuat menekankan supaya setiap lelaki memilih calon isterinya yang ramai anak, sebagaimana sabda baginda:
"Kahwinlah perempuan-perempuan yang keturunan banyak anak, sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku dihadapan para Nabi pada Hari Kiamat nanti."

Begitulah penekanan Rasulullah saw ke atas umatnya, baginda bangga dengan umat yang ramai kerana di situlah letaknya kekuatan agama Islam.

Diharamkan seseorang lelaki memilih seseorang wanita yang telah dipinang saudaranya, kerana bererti ia menyerang hak dan menyakiti hati peminang pertama, memecah belah hubungan
kekeluargaan dan mengganggu ketenteraman. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
"Orang mukmin satu dengan lainnya bersaudara, tidak boleh ia membeli barang yang sedang dibeli saudaranya, dan meminang pinangan saudaranya sebelum ia tinggalkan."

Islam juga mengutamakan wanita yang masih gadis untuk dipadankan dengan lelaki yang muda belia, sebab itulah disunatkan memilih gadis.

Walau bagaimana, terdapat pula keadaan tertentu
apabila janda pula menjadi yang utama. Misalnya, untuk menyelesaikan masalah perlindungan kepada janda dan anak-anak.

Islam turut menghormati taraf kedudukan seseorang, sebab itulah pemilihan pasangan hidup hendaklah juga mengambil kira taraf atau
sekufu. Firman Allah swt yang bermaksud:
"Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina juga atau perempuan musyrik.

Dan perempuan yang berzina tidak boleh dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina juga ataupun lelaki yang musyrik. Yang demikian itu haram terhadap orang yang beriman."

"Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang
jahat dan lelaki yang jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik."

Ayat di atas patut menjadi iktibar, terutama kepada para lelaki dan wanita yang ingin berkahwin. Kepada yang sudah berumahtangga, ambillah iktibar ini dan muhasabah kepada diri kita kembali apabila menghadapi masalah dalam rumahtangga dan mengapa Allah swt pertemukan jodoh kita dengan pasangan kita sekarang.


Posted at 07:13 am by muza
Make a comment  

Sebelum Imam Syafie pulang ke Rahmatullah

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat
     kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.Berikut ialah kandungan

     wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam

     keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

      PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.

      Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada
     dengan rezeki yang ada.

      KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT

      Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang
     yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

      KETIGA : HAK KEPADA KUBUR

      Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata,
     memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

      KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR

      Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

      KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI
     KIAMAT)

      Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung
     kesusahan.

      KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA
     HARI AKHIRAT)

      Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan
     suka berjemaah.

      KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)

      Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa,bersedekah
     secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

      KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)

      Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,bersyukur ke atas nikmat
     Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

      KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW

      Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah
     (Hadith),menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

      KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT

      Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai
     ketaatan dan membenci kemaksiatan. Sudahkah anda menunaikan SOLAT ? Dari Abdullah bin

     'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu

     ayat..."


Posted at 07:06 am by muza
Make a comment  

Friday, April 22, 2005
MUHAMMAD PEMIMPIN ULUNG

Nur Islam menerangi alam hasil usaha dan pengorbanan Nabi Muhammad yang melakukan tugas berdakwah dengan penuh kerelaan tanpa menerima sebarang ganjaran bentuk keduniaan. Tanpa diutuskan Rasulullah, manusia dibelenggu kehidupan primitif dari segi akhlak, tingkah laku dan kepercayaan.

Rasulullah diutuskan tepat pada masanya di mana ketika itu peradaban kemanusiaan berada pada tahap paling merosot sepanjang sejarah tamadun manusia. Rasulullah berjaya membina kejayaan yang cemerlang dalam semua aspek. Apa yang dicapai oleh baginda dianggap luar biasa yang tidak mampu dicapai oleh manusia biasa.

Seorang orientalis Barat, Lothrop Stodddard dalam bukunya The New Word of Islam menyatakan bahawa kejayaan umat Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad tidak pernah dicapai dalam mana-mana peradaban manusia. Rasulullah membawa pakej kehidupan yang lengkap dan sempurna.

Seluruh cerdik pandai, sasterawan, ahli falsafah, ahli agama, ahli pendidik dan ahli politik sepakat menobatkan Nabi Muhammad sebagai pemimpin ulung yang berjaya membentuk masyarakat sempurna dan syumul.

Sekiranya ada individu menidakkan kemampuan atau sengaja mencipta cerita buruk tentang baginda, hal itu tidak berkesan. Seluruh umat Islam bangkit menentangnya. Bahkan, di kalangan bukan Islam turut mempertahankan peribadi mulia Rasulullah.

Baginda membawa pembaharuan nilai hidup kepada manusia sejagat. Dakwah baginda meliputi segenap aspek kehidupan yang diakui seluruh umat manusia. Baginda menjadi ‘uswatun hasanah’ atau contoh terbaik kepada seluruh manusia.

Firman Allah dalam surah al-Qalam, ayat 4 bermaksud: “Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.”

Nabi Muhammad bukan saja menjadi penghulu kepada umat baginda, bahkan seluruh umat nabi dan rasul sebelumnya.

Kebenaran dakwah dibawa Nabi Muhammad tidak dapat disangkal sesiapa. Tidak ada hujah untuk menolaknya, kecuali keangkuhan, rasa kepentingan diri dan godaan dunia.

Kejayaan dakwah Rasulullah kerana kekuatan peribadi dan kepimpinan yang terbentuk hasil petunjuk secara langsung daripada Allah. Rasulullah mempunyai peribadi yang sangat mulia. Sebab itu baginda digelar al-amin, yakni lambang kebenaran dan kesempurnaan.

Gelaran al-amin kepada Rasulullah diberikan Musyrikin Makkah sebagai mengakui kemuliaan akhlak baginda. Mereka menolak ajaran dibawakan Rasulullah, tetapi tidak mampu untuk menipu diri sendiri memburuk-burukkan keperibadian Rasulullah.

Sebab itu, Musyrikin Makkah tidak menolak kepimpinan Rasulullah, biarpun tidak menerima agama tauhid. Baginda ditawarkan pangkat, kemewahan dan kekayaan asalkan meninggalkan tugas berdakwah.

Hal ini jelas membuktikan betapa hebatnya peribadi dan kepimpinan Rasulullah. Sebab itu, seluruh pengkaji peradababan bangsa dan kepimpinan tidak menemui individu lain yang lebih hebat daripada kemampuan Rasulullah dalam membentuk masyarakat sempurna meliputi akhlak, pekerti dan cara hidup.

Walaupun baginda dilahirkan sebagai manusia biasa, tetapi martabat baginda amat istimewa. Baginda melalui kehidupan penuh misteri yang dibimbing terus oleh Allah. Sebab itu tidak ada cacat cela pada diri baginda.

Keagungan Nabi Muhammad bukan lahir dari kekuatan bala tentera atau tanah jajahan takluk yang luas. Sebaliknya, keagungan itu dicapai melalui kekuatan pekerti, ajaran yang benar, membawa manusia ke dunia dimensi murni, hidup penuh kesederhanaan dan rahmatan lil alamiin (membawa rahmat ke seluruh alam).

Firman Allah bermaksud: “Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu) dan pembawa berita gembira (kepada orang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang yang ingkar). Dan sebagai penyeru (untuk umat manusia seluruhnya) kepada agama Allah dengan taufik yang diberi-Nya dan sebagai lampu yang menerangi.” (Surah al-Ahzab: 45-46).

Sesungguhnya manusia tidak mencapai kedudukan tinggi di sisi Allah, selagi dia tidak mengenali dan mencintai Rasulullah. Tidak mungkin seseorang itu dapat mengakui kekuasaan Allah dan menjadi hamba-Nya yang sebenar, tanpa mengakui apa dilakukan Rasulullah. Tanda cinta kepada Allah ialah cinta kepada kekasih-Nya.

Menyatakan kecintaan terhadap Rasulullah dalam bentuk apa sekalipun akan memantapkan keyakinan dan kecintaan kepada baginda. Lanjutan dari itu lahir pula keyakinan terhadap ajaran dibawakan baginda.

Seluruh umat Islam perlu berbangga menjadi umat Nabi Muhammad. Lantas perlulah kita meneruskan kesinambungan perjuangan baginda dalam keadaan apa sekalipun. Baginda amat sayangkan umatnya, dan sewajarnya perkara sama ditunjukkan oleh umat Islam terhadap baginda, biarpun tidak sehebat kasih baginda.

Kasih sayang Rasulullah terhadap umatnya tiada hadnya. Rasulullah menyebarkan kebaikan umat baginda ketika hayat di dunia, dan berterusan di akhirat nanti. Di Padang Mahsyar nanti tiada seorang pun yang boleh membri syafaat kecuali Nabi Muhammad.

Sabda baginda yang bermaksud: “Setiap nabi tu mempunyai satu doa yang dimakbulkan, denganya dia berdoa, aku bermaksud hendak menyimpan doaku itu, yakni untuk diberikan kepada umatku di akhirat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Hanya melalui penghayatan terhadap ajaran Islam membawa manusia dalam kehidupan penuh keindahan, keselamatan dan kesejahteraan.

Posted at 10:07 am by muza
Make a comment  

SIAPAKAH ITU

Siapakah orang yang sibuk?                                                
 Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu       
 solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi          
 Sulaiman a.s                                                              
                                                                           
                                                                           
                                                                           
 Siapakah orang yang manis senyumanya?                                     
 Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa        
 musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil  
 berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir      
  senyuman.                                                                
                                                                           
                                                                           
                                                                           
 Siapakah orang yang kaya?                                                 
 Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan       
 tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.                      
                                                                           
                                                                           
                                                                           
 Siapakah orang yang miskin?                                               
 Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada          
 sentiasa menumpuk - numpukkan harta.                                      
                                                                           
                                                                           
                                                                           
 Siapakah orang yang rugi?                                                 
 Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun     
 masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.                
                                                                           
                                                                           
                                                                           
 Siapakah orang yang paling cantik?                                        
 Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.    
                                                                           
                                                                           
                                                                           
 Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang          
 mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa           
 amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata       
 memandang.                                                                
                                                                           
                                                                           
                                                                           
 Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?            
 Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak       
 membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.                  
                                                                           
                                                                           
                                                                           
 Siapakah orang yang mempunyai akal?                                       
 Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak   
 kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa     
 neraka.                                                                   
                                                                           
                                                                           
                                                                           
 Siapakah org yg KEDEKUT ?                                                 
 Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini  begitu     
 sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.             
                                                                           
                                                   

Posted at 09:03 am by muza
Make a comment  

Next Page
mood internet : The current mood of the Internet at www.imood.com
mood Muza : The current mood of muza1 at www.imood.com


Mesej anda untuk Muza :
   


<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31







Cuaca di Johor Bahru, Malaysia

The WeatherPixie

Weblog kawan-kawan

  • wrozai
  • Fata
  • kak cyda
  • nurdia
  • alhana
  • luv307
  • Sharizal
  • Sumpit66
  • rumah pitt
  • pitt_inluv
  • abe dee
  • tawon
  • dakkap
  • irnanthasya
  • Semarak kasih
  • radio avatar




    Akhbar Harian Online :








  • MMagical
    UUnforgettable
    ZZippy
    AAmbivalent
    [ sila tulis komen dan cadangan kengkawan di BUKU TAMU ]
    Get a free Guestbook






    Anda pengguna ke:

    Free Web Counter

    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed